Majlis kesyukuran dan doa selamat
Ustaz jemputan bagi ceramah pasal bulan Ramadhan untuk mengingatkan staf2 yang mungkin telupa tak lama lagi puasa so takda alasan la untuk buat2 terlupa pegi beli sarapan then datang keje dengan nasi dagang 2 bungkus pada hari first puasa. Kemudian disusuli dengan solat hajat semoga produk laku terjual seterusnya dapat share sikit hasil jualan dengan staf..keh3

Presentation - Cardiovascular Disease
Cardiovascular desease, penyakit berkaitan jantung. Nak explain panjang2 xreti sebab kat sekolah dulu amik akaun dan belajar bio time sains form 3 je. Tu pun bab paling melekat di minda adalah persenyawaan manusia dan kitaran haid. Presentation ni diadakan oleh OHD yang dilantik kompeni.

Hazard hunt explore race
Aktiviti ni nak buat ala-ala explore race la. Tengok nama pon da tau. Cuma petunjuk diletakkan di kawasan plant. 4 team berusaha sedaya upaya mencari petunjuk yang aku dan geng2 sorok sejahat mungkin dengan matlamat, semua xjumpa, senang nak bagi markah.

Fitness test for ERT
Tau apa itu ERT? Anda mungkin familiar dengan LRT. Tapi kedua2 takda kena mengena langsung cuma ejaan je sama sikit. So tak payah cite pasal ERT, kita pegi kepada fitness test. Disebabkan ramai staf2 yang umur dah menginjak usia tua, aktiviti ini memberi pentunjuk tahap kecergasan masing2 yang pada pengamatan aku, kalau berlaku bencana besar masing2 boleh bertahan 15 minit je untuk tugasan menyelamat. Sama jugak time main futsal, peluh baru nak kluar, dia dah keluar padang cari air dua botol.

Group HSSE quiz
Quiz ni sama la dengan mana2 kuiz yang korang penah tengok. Pengacara bagi soalan, korang jawab. Dapat satu jawapan btul lepastu buat gaya terhegeh2 bapuk macam dalam Pop Kuiz. Kuiz ni bertujuan menguji kefahaman tentang safety staf2 yang da kerja hampir satu dekad yang konon2 tau tapi soalan mudah pun terkial2..keh3

Sukbom I, II & III
Sukbom atau nama panjangnya sukan bomba bukanlah sukan untuk bomba, tapi untuk staf jugak. Cuma pinjam nama bomba nak nampak macam gempak. Kalau nama Sukstaf macam sucks pulak kan. Aktiviti seperti lumba lari dalam guni, eh, lumba pasang hose, paramedik dan pakai BA menguji kemahiran team masing2.

Itulah antara aktiviti2 yang dianjurkan sepanjang safety week kali ni. Walaupun keletihan tetapi terpancar riak2 kepuasan di wajah masing2. Ceh, ending nak skema lancau tiru buku je kan. Keh3..
No comments:
Post a Comment