Dulu time belajar, dari sekolah menengah, matrikulasi sampaila ke universiti, aku stay hostel. Kalau nak ikut secara matematik, nisbah menghampiri 50:50, 12 tahun hidup di kampung dan 11 tahun hostel. Tapi anak jantan, apa ada hal kan. Sebab lama sangat duk hostel, maka tak ramai la orang2 kampung yang aku tau nama dan orang kampung pun ada yang tak kenal aku sapa. Selalu time2 kenduri la rasa obvious sangat macam aku ni orang luar pulak. Tengok aku rajin sikit, mesti ada yang tanya
”Anak sapa ni, tak pernah nampak pon”
Nak buat menantu la tu. Padahal aku tau anak perempuan dia baru je masuk tadika. So tak nak mengecewakan, aku pun jawab.
”Anak pak Wan Napi.”
Dan kadang2 ada yang xkenal abah aku. Ni yang lecey sikit nak kena explain sampai terpaksa bukak buku salasilah keluarga diraja Kedah, study balik. Eh, apahal?
Dulu bila balik cuti, tak kira la cuti sem ke cuti sakit ke, then bila nak balik ke hostel semula, mak mesti pesan
”Sampai asrama nanti telepon la rumah”
Memang bila sampai, aku akan call walaupun time sekolah tak pakai henpon dan public phone agak jauh dari hostel. Tapi kadang-kadang aku terlupa sebab faktor2 letih dan takda duit syiling. Nak curi line, alatan ada kat member pulak. So bila minggu depan aku call, mak akan merungut kenapa aku tak telepon rumah time sampai haritu.
Sama jugak time universiti, walaupun sudah pandai ada henpon, tapi bila balik hostel terlupa jugak nak call. Seperti biasa mak akan merungut. Kadang-kadang bila mood tak baik, aku jawab ”ala cek sampai selamat ja. Tak da apa-apa la. Risau sangat”
Dan haritu bila mak dan abah temankan aku balik ke tempat kerja, aku carikan challet then diorang stay situ satu malam. Esok sebelum pergi kerja, aku jumpa mak abah dulu kot2 diorang nak sesuatu. Bila semuanya ok, baru aku pergi kerja. Masa kerja aku da pikir macam2. Nak sarapan macam mana la mak abah ni? Tahu ke kat mana kedai makan? Gaji bulan ni campur OT brapa la ye?..eh2..WTF pikir pasal gaji time macam ni.
So disebabkan haritu jugak diorang nak balik ke Kedah, tengah hari aku skip lunch, pergi hantar mak abah ke stesyen Dungun. Jauh le jugak dari tempat keje. Ada dalam 35 km rasa2. Nasib ada bas lagi pergi Kuantan sebab abah aku nak jalan2 kuantan, tak pernah sampai katanya. Tapi lagi dua jam baru bas jalan. Sebab waktu rehat da nak habis, aku tinggalkan orang tua aku kat stesyen. Ikutkan hati nak je skip keje, tunggu sekali. Tapi mak tak bagi. Petang tu aku gundah gelana je pikir pasal diorang. Kejap2 aku mesej, tanya ok ke tak. Dan aku tahu bila kat Kuantan nanti, bas ke Kedah malam baru ada. Lagi la aku risau. 5 – 6 kali jugak la aku call mak abah haritu sampaikan mak dah bosan, dan jawab
”tak payah la risau, kami berdua ni. Takda apa-apa la”
Time tu aku teringat kata-kata bilamana mak risaukan aku dulu. Lebih kurang sama je dengan apa aku jawab dulu. Rupa-rupanya macam ni la perasaan ibu bila risaukan anaknya. Sampai hati aku tak call rumah balik bila sampai hostel. Tiba-tiba rasa bersalah datang dan aku terus kerisauan sampaila mak call aku kata dah sampai rumah keesokan harinya. Baru lega hati ini. Sorry mak sebab dulu cek buatkan mak risau. Tak tau la macam mana bila ada anak nanti. Cek sayangkan mak, abah sampai bila-bila. Touching2..huhu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment