Tuesday, 10 August 2010

Hearing conservation program- Mari menjaga telinga


Mungkin ramai antara kita selalu atau pernah dengar tentang program pemuliharaan hidupan liar. Tapi tahukah anda bahawa wujudnya program pemuliharaan telinga. Seperti hidupan liar, telinga kita juga kadang-kadang menjadi liar bila mendengar orang mengumpat, rakan2 bercerita lucah ataupun mencarut dan kadang2 mendengar kata2 dusta nestapa dan nista dari mulut sendiri. Tapi program yang saya maksudkan di sini takda kena mengena langsung dengan dosa yang telinga2 anda selalu dengar. So, apakah tujuan program ini. Disebabkan ayat dah macam nak skema, mari kita baca fakta2 menarik tentang telinga dahulu

1) Apabila anda berada di altitud yang tinggi, telinga anda akan mengeluarkan bunyi ’pop’. Tapi di altitud yang rendah juga anda boleh mendengar lagu2 berentak pop.

2) Telinga adalah salah satu bahagian yang sensitif kerana banyak saraf tertumpu di situ. So kalau dah sensitif seseorang akan mudah terangsang jika bahagian cupingnya digesel

3) Sekali anda hilang pendengaran, ianya tidak mungkin akan pulih kembali. Tetapi lain pula dengan cinta. Bak kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

4) Telinga kita masih berfungsi walaupun sedang tidur. Sel-sel rerambut akan berterusan menerima bunyi cuma ianya tidak diterima oleh otak. Tapi bila anda bermimpi seperti mimpi basah dan anda mendengar suara mengerang contohnya dalam mimpi itu, sebenarnya datang dari otak, takda kena mengena dengan telinga.

5) Doktor yang pakar mengenai telinga juga merupakan pakar dalam hidung dan tekak. Ini kerana ketiga-tiga bahagian ini sebenarnya berhubung. Tapi ia takda kena mengena dengan peribahasa ’masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’

Program pemuliharaan telinga adalah salah satu daripada agenda Occupational Safety and Health (OSH). Mengikut statistic DOSH 1983-1990 di 302 permis yang melibatkan 46000 pekerja, 70% terdedah kepada bising, 50% berisiko hilang pendengaran dan 32% telah hilang pendengaran. Sebelum terlupa, anda juga boleh claim SOCSO kira-kira RM 25000 jika pekak disebabkan oleh suasana pekerjaan. Kepada mata duitan yang malas keje, sila dekatkan telinga kepada mesin2 yang bising, kompem 25000 dalam tangan. Program ini bukan program suka2 nak buat macam Program hari raya bersama Siti Nurhaliza. Tapi ianya terkandung dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 iaitu mewajibkan majikan melaksanakan program ini jika di tempat kerja mempunyai bunyi bising pada paras tindakan. Kepada yang tak faham, sila rujuk jadual ini


Sebenarnya banyak lagi yg boleh dipelajari dari program ini. Ia bergantung kepada penceramah anda. Kalau penceramah yang baru nak naik dan baca nak skema ikut slide, tidur dalam kelas merupakan perkara yang mungkin. Sebelum mengakhiri titipan kali ini, adalah lebih baik jika telinga anda didendangkan dengan ayat-ayat al Quran daripada masuk kelab malam dan dengar muzik yang dah tentu2 melebihi paras dibenarkan dan tunggang pulak air kencing setan..keh3..

No comments:

Post a Comment