Monday, 9 August 2010

Antara agama dan warna kulit

Post kali ini, kalau tengok tajuk pun, berunsur perkauman sikit. Aku nak share satu cerita keinsafan sempena bulan mulia ini.

Cerita bermula waktu aku di tahun akhir, semester akhir masa degree dulu.
Jam menunjukkan pukul 7:15 malam. 15 minit lagi masuklah waktu maghrib. Aku masa tu, sedang bersiap2 di dalam bilik....duduk di kerusi, menunggu game start. Keh3..
mesti igt aku nak pegi surau kan. Sementara nak tunggu server dota ni penuh, aku sarungkan headphone, dengar mp3 mendendangkan lagu2 indon. Nak tengok ariel peterporn berduet dengan luna maya, tak release lagi waktu tu. Sambil sedap layan kepala dan mengajuk lirik2 indon seperti ’tak bisa membutuhmu’ dan lantas hati berkata, ”buto la lagu ni”, terdengar pintu rumah ditutup tergesa2 disusuli derapan kaki berlari anak menuju ke member aku di ruang tamu, yang juga agak sesat seperti aku, menunggu game start. Cuma yang membedakan, aku pakai kopiah so tak la nampak jahil sangat main game time Maghrib. Sejenak terdengar kedua2 member aku berbual2 yang butiran tak berapa nak jelas sebab aku pakai ear protection. Sesaat kemudian sahabat yg berlari tadi masuk ke bilik, menutup pintu dan kunci. Aku abaikan je sebab lagi 2 orang, server game penuh. Tiba2,

”Assalamualaikum abang, boleh kami masuk?”

Tatkala aku berpaling, kelihatan 2 orang student yang aku bajet ni mesti freshie sebab muka teruna jambu lagi. Mereka juga lengkap berpakaian seperti nak ke surau.

”Waalaikumsalam, masuk-masuk, sila. Ada apa ni?”
Tanya aku. Nasib aku ni jenis yang baik kalau tak mesti dah keluar perkataan indon ’membutuhkan’ tadi

”Kami junior first year bahan, nak sembang2 sikit dengan abang, mengeratkan silaturahim sesama Islam. Boleh kami amik masa abang dalam 10 minit?”

”hmm..(sambil tengok ke skrin PC, lagi sorang ni,camne ni)...ok boleh. 10 minit je kan”
Balas aku, sambil dalam hati berkata ’eh budak2 ni, tak lain tak bukan, tabligh la ni. Time genting macam ni hangpa ajak borak kan’ serentak tangan menekan button ESC untuk keluar dari game kalau tak game start then aku tak gerak memang kena maki la dengan member2 dota yang mulut masing2 lagi keji dari yahudi.

”ok, nak sembang pasal apa ni”

”takde, kami sebagai junior, sebagai saudara seislam...bla2...surau..bla2..pahala..bla2..”
Aku skip je la sebab korang pun boleh agak kan. Cuma yang kurang didikan islam tu, pandai2 la. Ayat basic macam ni budak 6 tahun pun dah belajar kat taska.

Cuma ayat last dari tabligh2 ni, ”lagi 5 minit masuk waktu, kalau boleh mari la kita sama2 mengimarahkan surau”
”ye ke, ok la macam tu. Pegi dulu, nanti abang sampai”

Ayat penuh harapan dari aku dan aku yakin diorang pon akan pikir ’Ceh, boleh pecaya ke ni’

So setelah diorang keluar ke surau, aku terus mendapatkan member yang berjaya survive dari tabligh tadi, sedang asyik dengan aksi bunuh mebunuh.

”eh faruq, budak2 tu tak tabligh ko ke. Macam mana boleh telepas pulak ni?”

Soal aku dengan penuh ketidakpuashatian

“diorang ada jumpa sa tadi bah. Then diorang tanya ni ada orang islam ka sini. So sa tunjuk la bilik ko. Hehehe”

Selamba jawapan member aku sabahan ni sambil sibuk tengok skrin padahal dah gelap kena bunuh disusuli dengan gelak kecil.

”eh lancau la ko. Tau la muka macam mamak. Advantage sial ko ni. Tak puas hati aku sial ko terlepas. Mana boleh guna teknik penyamaran macam tu. Lepas tu point bilik aku pulak kan. Memang sial. Tak ngaku Islam ko faruq. Tak kira bah, lepas ni aku panggil ko raju. ”

”jangan bejitu bah. Sa cuma mau main game ni. Sua mau start time dorang sampai tadi”

”ahh, tak kire, tak kire!!”

Memang malam tu aku kutuk dan jaja cerita pasal member aku ni kat semua budak lelaki kos aku. Tak cukup lagi, aku tulis pulak kat status skype. Rasa tak puas hati lagi, aku cerita pulak dekat sorang dua budak perempuan. Keh3..



Moral cerita ni, tak baik menyamar. Binatang je yang menyamar2 ni.

2 comments:

  1. ngokngek la faruk....hahaha...wan da ada blog la skang....

    ReplyDelete
  2. tu baru cite2 sampingan..huhu
    da lama ada.skrg rajin balik.sape ni ha bantal busuk?

    ReplyDelete