
Otak adalah anugerah teragung Yang Maha Esa kepada semua makhluk manakala manusia diberi keistimewaan kerana memiliki suatu anugerah lain, yang jugak membezakan kita dengan makhluk lain iaitu minda. Tahukah anda dengan kuasa minda, kita boleh melakukan sesuatu di luar kemampuan sebenar. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu percaya dan benar-benar yakin sesuatu perkara yang anda mahukan. Contohnya kalau anda tidak berpuas hati dengan saiz zakar, anda hanya perlu bayangkan saiz zakar anda itu sebesar zakar kuda setiap hari. Tak mustahil, satu hari bila anda bangun tidur, nah!..tekoyak boxer..keh3..
Ok cukupla bercerita pasal zakar sebab blog ini bukannya blog ‘Rahsia Kepuasan Suami Isteri’ atau ‘Nikmat Sebenar di Ranjang’ jauh sekali untuk menjual ubat kuat seperti di kaki lima yang mana kalau makan dapat pakej sakit jantung sekali.
Pernah tahu apa itu kesan placebo? Ia merupakan satu cabang psikologi neuron yang dinamakan teori harapan. Teori ini mendapati semua pemikiran, kepercayaan dan keinginan berfungsi sebagai agen yang mengubah sel, tisu dan organ dalam tubuh manusia. Ok, malas ceita pasal teori, mari kita mengembara untuk menjelaskan lagi kesan placebo ini.
Cerita 1
Pada tahun 1950-an para doktor ingin mengetahui adakah kepercayaan pesakit pada sesuatu ubat mempengaruhi keberkesanan ubat itu bagi menyembuhkan pesakit. Dalam satu eksperimen doktor memberikan pil-pil kepada semua pesakit yang mengidap demam dan selsema dan memberitahu pil itu merupakan kajian terbaru dan amat mujarab. Tapi tanpa pengetahuan pesakit2, pil itu sebenarnya hanyalah gula2 biasa dalam bentuk kapsul. Apa yang berlaku amat menakjubkan. Kesemua pesakit sembuh sepenuhnya selepas seminggu mengambil pil2 itu!
Cerita 2
Di suatu kolej perubatan, seorang pensyarah telah membahagikan pelajar-pelajarnya yang seramai 100 orang kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan setiap seorang sebutir pil bewarna biru. Pensyarah itu memberitahu bahawa pil itu adalah Barbiturat, sejenis ubat penenang yang amat kuat. Tetapi tanpa pengetahuan pelajar2 itu, pil tersebut adalah ubat perangsang yang amat kuat. Sebaliknya, kepada kumpulan kedua, diberikan setiap seorang dengan pil bewarna merah dan diberitahu itu merupakan pil perangsang yang amat kuat kesannya tetapi sebenarnya itu merupakan Barbiturat, penenang yang kuat. Menakjubkan, setelah beberapa minit, kumpulan yang diberi pil bewarna biru menjadi begitu lemah dan ada yang mula mengantuk manakala mereka yang memakan pil merah, menjadi amat cerdas dan terangsang!
Cerita 3
Di Australia suatu masa dahulu amat terkenal dengan bomoh dan sumpahan. Bomoh2 ini cuma membuat patung dari kayu dan menghalakan kepada seseorang kemudian memberitahu orang itu akan mati tidak lama lagi. Orang ramai mulai gelisah dan takut akan sumpahan2 itu sehinggakan ada satu kes di mana seorang lelaki diberitahu bahawa dia telah terkena sumpahan. Apa yang berlaku, lelaki itu mula jatuh sakit. Apabila dirujuk ke doktor, mereka sendiri tidak dapat mengesan apa yang menyebabkan lelaki itu sakit teruk dan tak lama kemudian, lelaki itu betul2 mati!
Nampak tak betapa hebat kuasa minda. Dari menyembuh sehinggakan boleh membunuh. Cerita ke 3 sebenarnya lebih kepada teori pigmalion, yang mana lebih berkaitan dengan ketaksuban kepercayaan. Sebenarnya banyak lagi cerita2 tentang kesan ini tapi asyik aku je cerita letih la kan. Apa kata korang google lepas tu cerita balik kat aku kisah2 selanjutnya. Then kalau xsilap ada filem pasal kesan placebo ni. Tajuk dia..’Placebo Effect’ la. Takkan Jalang kot. Keh3...
No comments:
Post a Comment