Saturday, 14 August 2010

Kerja di bulan puasa

Sebagai umat Islam, bulan puasa bukan alasan untuk bermalas-malasan. Letih macam mana sekalipun, tanggungjawab terhadap kerja tak boleh diabaikan. Apa la sangat letih kerja kalau nak dibandingkan dengan letih beperang pada zaman Rasulullah S.A.W dulu kan. So untuk membuktikan bahawa aku boleh bekerja dengan baik walaupun menahan diri dari lapar dan dahaga, aku senaraikan rutin kerja aku time bulan puasa ni dengan harapan dapatlah menjadi iktibar kepada mereka2 yang malas.

Rutin kerja bulan puasa :

0845 – tiba di tempat kerja

0900 – attending morning meeting

0930 – cek sistem kehadiran, key in data harian

1000 – bukak Facebook, email, baca komik online, baca paper, chatting (time paling busy)

1130 – mata sakit asyik mengadap laptop, so pergi mengomong kosong

1200 – masuk bilik dokumen, tutup lampu, tidoq

1330 – bangun tidoq, solat jemaah (kutip pahala untuk cover dosa2 selama 11 bulan lepas)

1400 – sambung key in data

1430 – jalan2 pusing bangunan supaya nampak sibuk

1500 – lepak pantry baca paper yang dah baca kat internet tadi (buat ulanglkaji supaya tak ketinggalan dengan isu2 semasa)

1530 – sambung main internet/berborak kosong (depend pada mood)

1600 – balik

Sekian..hehehe

No comments:

Post a Comment