Sunday, 29 August 2010

Exam!

Sekarang dah bulan 8 nak masuk bulan 9 dan kalau imbas balik 7 – 8 tahun yang lepas bulan-bulan yang agak-agak hujung macam ni la paling takut sebab segala mak nenek exam besar ada. Kalau darjah 6 dengan UPSR dan PMR untuk form 3 yang aku rasa patut la mansuh so budak-budak tak payah kalut study, biar mereka bergembira di sekolah sampai form 5. Lagipun budak-budak ni tak didedahkan lagi dengan pembelajaran efektif dan kreatif seperti di universiti dengan budak-budak tak study sibuk main dota, esok nak exam malam ni sibuk melatih toyol dengan pelbagai skill. So tak adil bagi pressure lebih dekat budak sekolah.

Bila cerita pasal exam, aku yang dah kerja ni dan dah melalui berpuluh-puluh exam dengan penuh ranjau kehidupan, exam paling susah ialah time SPM dan matrik yang mana kalau tak study kompem fail dan kalau salah teknik study pun boleh fail. Tapi sekarang tu semua tak penting. Apa yang penting, kerjasama. Eh WTF teringat wonderpet pulak. Bagi aku, ni yang penting:

Keh3..

Takut gila time amik exam SHO ni. Aku rasa luck lebih time ni amik semua paper skali shot semua lulus padahal paper 4 aku amik orang punya assignment je atas nasihat bos-bos kat tempat keje.hehe..

Tuesday, 24 August 2010

Placebo Effect – anda bukanlah bodoh, tapi kepercayaan anda


Otak adalah anugerah teragung Yang Maha Esa kepada semua makhluk manakala manusia diberi keistimewaan kerana memiliki suatu anugerah lain, yang jugak membezakan kita dengan makhluk lain iaitu minda. Tahukah anda dengan kuasa minda, kita boleh melakukan sesuatu di luar kemampuan sebenar. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu percaya dan benar-benar yakin sesuatu perkara yang anda mahukan. Contohnya kalau anda tidak berpuas hati dengan saiz zakar, anda hanya perlu bayangkan saiz zakar anda itu sebesar zakar kuda setiap hari. Tak mustahil, satu hari bila anda bangun tidur, nah!..tekoyak boxer..keh3..
Ok cukupla bercerita pasal zakar sebab blog ini bukannya blog ‘Rahsia Kepuasan Suami Isteri’ atau ‘Nikmat Sebenar di Ranjang’ jauh sekali untuk menjual ubat kuat seperti di kaki lima yang mana kalau makan dapat pakej sakit jantung sekali.
Pernah tahu apa itu kesan placebo? Ia merupakan satu cabang psikologi neuron yang dinamakan teori harapan. Teori ini mendapati semua pemikiran, kepercayaan dan keinginan berfungsi sebagai agen yang mengubah sel, tisu dan organ dalam tubuh manusia. Ok, malas ceita pasal teori, mari kita mengembara untuk menjelaskan lagi kesan placebo ini.

Cerita 1

Pada tahun 1950-an para doktor ingin mengetahui adakah kepercayaan pesakit pada sesuatu ubat mempengaruhi keberkesanan ubat itu bagi menyembuhkan pesakit. Dalam satu eksperimen doktor memberikan pil-pil kepada semua pesakit yang mengidap demam dan selsema dan memberitahu pil itu merupakan kajian terbaru dan amat mujarab. Tapi tanpa pengetahuan pesakit2, pil itu sebenarnya hanyalah gula2 biasa dalam bentuk kapsul. Apa yang berlaku amat menakjubkan. Kesemua pesakit sembuh sepenuhnya selepas seminggu mengambil pil2 itu!

Cerita 2

Di suatu kolej perubatan, seorang pensyarah telah membahagikan pelajar-pelajarnya yang seramai 100 orang kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan setiap seorang sebutir pil bewarna biru. Pensyarah itu memberitahu bahawa pil itu adalah Barbiturat, sejenis ubat penenang yang amat kuat. Tetapi tanpa pengetahuan pelajar2 itu, pil tersebut adalah ubat perangsang yang amat kuat. Sebaliknya, kepada kumpulan kedua, diberikan setiap seorang dengan pil bewarna merah dan diberitahu itu merupakan pil perangsang yang amat kuat kesannya tetapi sebenarnya itu merupakan Barbiturat, penenang yang kuat. Menakjubkan, setelah beberapa minit, kumpulan yang diberi pil bewarna biru menjadi begitu lemah dan ada yang mula mengantuk manakala mereka yang memakan pil merah, menjadi amat cerdas dan terangsang!

Cerita 3

Di Australia suatu masa dahulu amat terkenal dengan bomoh dan sumpahan. Bomoh2 ini cuma membuat patung dari kayu dan menghalakan kepada seseorang kemudian memberitahu orang itu akan mati tidak lama lagi. Orang ramai mulai gelisah dan takut akan sumpahan2 itu sehinggakan ada satu kes di mana seorang lelaki diberitahu bahawa dia telah terkena sumpahan. Apa yang berlaku, lelaki itu mula jatuh sakit. Apabila dirujuk ke doktor, mereka sendiri tidak dapat mengesan apa yang menyebabkan lelaki itu sakit teruk dan tak lama kemudian, lelaki itu betul2 mati!

Nampak tak betapa hebat kuasa minda. Dari menyembuh sehinggakan boleh membunuh. Cerita ke 3 sebenarnya lebih kepada teori pigmalion, yang mana lebih berkaitan dengan ketaksuban kepercayaan. Sebenarnya banyak lagi cerita2 tentang kesan ini tapi asyik aku je cerita letih la kan. Apa kata korang google lepas tu cerita balik kat aku kisah2 selanjutnya. Then kalau xsilap ada filem pasal kesan placebo ni. Tajuk dia..’Placebo Effect’ la. Takkan Jalang kot. Keh3...

Sunday, 22 August 2010

Audit tempat kerja

Sebagai Safety & Health Officer, audit tempat kerja adalah salah satu rutin pekerjaan dan perlu dilakukan atleast 3 bulan sekali kalau tak salah. Tapi disebabkan SHO tempat aku agak sibuk, maka kerja2 audit ni jatuh atas kepala aku. Bukan mcm kena hempap barang ke hape..eh kamon la..takkan ayat macam ni tak boleh faham kot.

Ok untuk memudahkan cerita, audit secara mingguan merupakan KPI department aku. Kawasan2 seperti plant, control building dan admin building merupakan spot2 yang perlu diaudit mengikut jadual. Cerita lebih2 tempat kerja pun bukan korang bley imagine pun mcm mana kan. Ntah2 ada yang ingat plant tu pokok2 yang tukang kebun tanam hape. Keh3..

Audit ni digilirkan mengikut team. So xda la orang yang sama je tiap2 minggu. Nanti bebai pulak bak kata org kedah. Aku je tiap2 minggu. Maka perasaan bebai tu ada. Kepada yg bukan dari kedah, bebai=bosan,annoy. Kenapa audit ni annoying? Sebab anda perlu pusing satu tempat kerja dan cari unsafe condition/unsafe act. Tak bebai ke mcm ni. Tak pun perasaan aku ketika malas je? Takpa la, abaikan.

Audit selalunya akan mengambil masa kira2 30 minit. Itu pun ikut 2 conditions, mood of auditor and type of auditor. Kalo korang rajin cari la dalam buku Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tentang condition2 ni. Tu pun kalau jumpa la sebab semua tu aku yg reka..keh3..
Tapi btul, kalau mood baik, hepi, maka cepatla audit tu sebab masing2 hati senang & nak cepat je relak2 kat kerusi masing2. Faktor auditor pulak, berkait rapat dengan 2-3 org staf yang begitu giat dan sentiasa bersemangat dan aku bajet diorang ni minum pati tongkat ali gamaknya tiap2 hari. Maka, lambat lah audit itu kerana setiap sudut dan inci ruang nak diselongkar. Kalau boleh tandas perempuan pun nak masuk tengok diorang buang pampers merata-rata ke tak..keh3..

Finding2 audit itu perlulah dicatat dan disimpan. So bley agak la sape kan. Mestila aku. Sampaikan diorang hampir2 menggelarkan aku mat audit..dem, tak sedap sungguh nama. Finding2 tu semua kena email pulak kepada orang yang bertanggungjawab supaya finding dapat ditutup. Dah takkan audit je pandai, tutup taknak. Kepada yang tak tau, tutup/close bermaksud selesaikan masalah. Bukan macam tutup pintu,tingkap ke hape. Sengal!..keh3..

Tuesday, 17 August 2010

Luahan Hati

Dulu time belajar, dari sekolah menengah, matrikulasi sampaila ke universiti, aku stay hostel. Kalau nak ikut secara matematik, nisbah menghampiri 50:50, 12 tahun hidup di kampung dan 11 tahun hostel. Tapi anak jantan, apa ada hal kan. Sebab lama sangat duk hostel, maka tak ramai la orang2 kampung yang aku tau nama dan orang kampung pun ada yang tak kenal aku sapa. Selalu time2 kenduri la rasa obvious sangat macam aku ni orang luar pulak. Tengok aku rajin sikit, mesti ada yang tanya

”Anak sapa ni, tak pernah nampak pon”

Nak buat menantu la tu. Padahal aku tau anak perempuan dia baru je masuk tadika. So tak nak mengecewakan, aku pun jawab.

”Anak pak Wan Napi.”

Dan kadang2 ada yang xkenal abah aku. Ni yang lecey sikit nak kena explain sampai terpaksa bukak buku salasilah keluarga diraja Kedah, study balik. Eh, apahal?

Dulu bila balik cuti, tak kira la cuti sem ke cuti sakit ke, then bila nak balik ke hostel semula, mak mesti pesan

”Sampai asrama nanti telepon la rumah”

Memang bila sampai, aku akan call walaupun time sekolah tak pakai henpon dan public phone agak jauh dari hostel. Tapi kadang-kadang aku terlupa sebab faktor2 letih dan takda duit syiling. Nak curi line, alatan ada kat member pulak. So bila minggu depan aku call, mak akan merungut kenapa aku tak telepon rumah time sampai haritu.

Sama jugak time universiti, walaupun sudah pandai ada henpon, tapi bila balik hostel terlupa jugak nak call. Seperti biasa mak akan merungut. Kadang-kadang bila mood tak baik, aku jawab ”ala cek sampai selamat ja. Tak da apa-apa la. Risau sangat”

Dan haritu bila mak dan abah temankan aku balik ke tempat kerja, aku carikan challet then diorang stay situ satu malam. Esok sebelum pergi kerja, aku jumpa mak abah dulu kot2 diorang nak sesuatu. Bila semuanya ok, baru aku pergi kerja. Masa kerja aku da pikir macam2. Nak sarapan macam mana la mak abah ni? Tahu ke kat mana kedai makan? Gaji bulan ni campur OT brapa la ye?..eh2..WTF pikir pasal gaji time macam ni.

So disebabkan haritu jugak diorang nak balik ke Kedah, tengah hari aku skip lunch, pergi hantar mak abah ke stesyen Dungun. Jauh le jugak dari tempat keje. Ada dalam 35 km rasa2. Nasib ada bas lagi pergi Kuantan sebab abah aku nak jalan2 kuantan, tak pernah sampai katanya. Tapi lagi dua jam baru bas jalan. Sebab waktu rehat da nak habis, aku tinggalkan orang tua aku kat stesyen. Ikutkan hati nak je skip keje, tunggu sekali. Tapi mak tak bagi. Petang tu aku gundah gelana je pikir pasal diorang. Kejap2 aku mesej, tanya ok ke tak. Dan aku tahu bila kat Kuantan nanti, bas ke Kedah malam baru ada. Lagi la aku risau. 5 – 6 kali jugak la aku call mak abah haritu sampaikan mak dah bosan, dan jawab
”tak payah la risau, kami berdua ni. Takda apa-apa la”

Time tu aku teringat kata-kata bilamana mak risaukan aku dulu. Lebih kurang sama je dengan apa aku jawab dulu. Rupa-rupanya macam ni la perasaan ibu bila risaukan anaknya. Sampai hati aku tak call rumah balik bila sampai hostel. Tiba-tiba rasa bersalah datang dan aku terus kerisauan sampaila mak call aku kata dah sampai rumah keesokan harinya. Baru lega hati ini. Sorry mak sebab dulu cek buatkan mak risau. Tak tau la macam mana bila ada anak nanti. Cek sayangkan mak, abah sampai bila-bila. Touching2..huhu..

Saturday, 14 August 2010

Kerja di bulan puasa

Sebagai umat Islam, bulan puasa bukan alasan untuk bermalas-malasan. Letih macam mana sekalipun, tanggungjawab terhadap kerja tak boleh diabaikan. Apa la sangat letih kerja kalau nak dibandingkan dengan letih beperang pada zaman Rasulullah S.A.W dulu kan. So untuk membuktikan bahawa aku boleh bekerja dengan baik walaupun menahan diri dari lapar dan dahaga, aku senaraikan rutin kerja aku time bulan puasa ni dengan harapan dapatlah menjadi iktibar kepada mereka2 yang malas.

Rutin kerja bulan puasa :

0845 – tiba di tempat kerja

0900 – attending morning meeting

0930 – cek sistem kehadiran, key in data harian

1000 – bukak Facebook, email, baca komik online, baca paper, chatting (time paling busy)

1130 – mata sakit asyik mengadap laptop, so pergi mengomong kosong

1200 – masuk bilik dokumen, tutup lampu, tidoq

1330 – bangun tidoq, solat jemaah (kutip pahala untuk cover dosa2 selama 11 bulan lepas)

1400 – sambung key in data

1430 – jalan2 pusing bangunan supaya nampak sibuk

1500 – lepak pantry baca paper yang dah baca kat internet tadi (buat ulanglkaji supaya tak ketinggalan dengan isu2 semasa)

1530 – sambung main internet/berborak kosong (depend pada mood)

1600 – balik

Sekian..hehehe

Tuesday, 10 August 2010

Hearing conservation program- Mari menjaga telinga


Mungkin ramai antara kita selalu atau pernah dengar tentang program pemuliharaan hidupan liar. Tapi tahukah anda bahawa wujudnya program pemuliharaan telinga. Seperti hidupan liar, telinga kita juga kadang-kadang menjadi liar bila mendengar orang mengumpat, rakan2 bercerita lucah ataupun mencarut dan kadang2 mendengar kata2 dusta nestapa dan nista dari mulut sendiri. Tapi program yang saya maksudkan di sini takda kena mengena langsung dengan dosa yang telinga2 anda selalu dengar. So, apakah tujuan program ini. Disebabkan ayat dah macam nak skema, mari kita baca fakta2 menarik tentang telinga dahulu

1) Apabila anda berada di altitud yang tinggi, telinga anda akan mengeluarkan bunyi ’pop’. Tapi di altitud yang rendah juga anda boleh mendengar lagu2 berentak pop.

2) Telinga adalah salah satu bahagian yang sensitif kerana banyak saraf tertumpu di situ. So kalau dah sensitif seseorang akan mudah terangsang jika bahagian cupingnya digesel

3) Sekali anda hilang pendengaran, ianya tidak mungkin akan pulih kembali. Tetapi lain pula dengan cinta. Bak kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

4) Telinga kita masih berfungsi walaupun sedang tidur. Sel-sel rerambut akan berterusan menerima bunyi cuma ianya tidak diterima oleh otak. Tapi bila anda bermimpi seperti mimpi basah dan anda mendengar suara mengerang contohnya dalam mimpi itu, sebenarnya datang dari otak, takda kena mengena dengan telinga.

5) Doktor yang pakar mengenai telinga juga merupakan pakar dalam hidung dan tekak. Ini kerana ketiga-tiga bahagian ini sebenarnya berhubung. Tapi ia takda kena mengena dengan peribahasa ’masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’

Program pemuliharaan telinga adalah salah satu daripada agenda Occupational Safety and Health (OSH). Mengikut statistic DOSH 1983-1990 di 302 permis yang melibatkan 46000 pekerja, 70% terdedah kepada bising, 50% berisiko hilang pendengaran dan 32% telah hilang pendengaran. Sebelum terlupa, anda juga boleh claim SOCSO kira-kira RM 25000 jika pekak disebabkan oleh suasana pekerjaan. Kepada mata duitan yang malas keje, sila dekatkan telinga kepada mesin2 yang bising, kompem 25000 dalam tangan. Program ini bukan program suka2 nak buat macam Program hari raya bersama Siti Nurhaliza. Tapi ianya terkandung dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 iaitu mewajibkan majikan melaksanakan program ini jika di tempat kerja mempunyai bunyi bising pada paras tindakan. Kepada yang tak faham, sila rujuk jadual ini


Sebenarnya banyak lagi yg boleh dipelajari dari program ini. Ia bergantung kepada penceramah anda. Kalau penceramah yang baru nak naik dan baca nak skema ikut slide, tidur dalam kelas merupakan perkara yang mungkin. Sebelum mengakhiri titipan kali ini, adalah lebih baik jika telinga anda didendangkan dengan ayat-ayat al Quran daripada masuk kelab malam dan dengar muzik yang dah tentu2 melebihi paras dibenarkan dan tunggang pulak air kencing setan..keh3..

Monday, 9 August 2010

Antara agama dan warna kulit

Post kali ini, kalau tengok tajuk pun, berunsur perkauman sikit. Aku nak share satu cerita keinsafan sempena bulan mulia ini.

Cerita bermula waktu aku di tahun akhir, semester akhir masa degree dulu.
Jam menunjukkan pukul 7:15 malam. 15 minit lagi masuklah waktu maghrib. Aku masa tu, sedang bersiap2 di dalam bilik....duduk di kerusi, menunggu game start. Keh3..
mesti igt aku nak pegi surau kan. Sementara nak tunggu server dota ni penuh, aku sarungkan headphone, dengar mp3 mendendangkan lagu2 indon. Nak tengok ariel peterporn berduet dengan luna maya, tak release lagi waktu tu. Sambil sedap layan kepala dan mengajuk lirik2 indon seperti ’tak bisa membutuhmu’ dan lantas hati berkata, ”buto la lagu ni”, terdengar pintu rumah ditutup tergesa2 disusuli derapan kaki berlari anak menuju ke member aku di ruang tamu, yang juga agak sesat seperti aku, menunggu game start. Cuma yang membedakan, aku pakai kopiah so tak la nampak jahil sangat main game time Maghrib. Sejenak terdengar kedua2 member aku berbual2 yang butiran tak berapa nak jelas sebab aku pakai ear protection. Sesaat kemudian sahabat yg berlari tadi masuk ke bilik, menutup pintu dan kunci. Aku abaikan je sebab lagi 2 orang, server game penuh. Tiba2,

”Assalamualaikum abang, boleh kami masuk?”

Tatkala aku berpaling, kelihatan 2 orang student yang aku bajet ni mesti freshie sebab muka teruna jambu lagi. Mereka juga lengkap berpakaian seperti nak ke surau.

”Waalaikumsalam, masuk-masuk, sila. Ada apa ni?”
Tanya aku. Nasib aku ni jenis yang baik kalau tak mesti dah keluar perkataan indon ’membutuhkan’ tadi

”Kami junior first year bahan, nak sembang2 sikit dengan abang, mengeratkan silaturahim sesama Islam. Boleh kami amik masa abang dalam 10 minit?”

”hmm..(sambil tengok ke skrin PC, lagi sorang ni,camne ni)...ok boleh. 10 minit je kan”
Balas aku, sambil dalam hati berkata ’eh budak2 ni, tak lain tak bukan, tabligh la ni. Time genting macam ni hangpa ajak borak kan’ serentak tangan menekan button ESC untuk keluar dari game kalau tak game start then aku tak gerak memang kena maki la dengan member2 dota yang mulut masing2 lagi keji dari yahudi.

”ok, nak sembang pasal apa ni”

”takde, kami sebagai junior, sebagai saudara seislam...bla2...surau..bla2..pahala..bla2..”
Aku skip je la sebab korang pun boleh agak kan. Cuma yang kurang didikan islam tu, pandai2 la. Ayat basic macam ni budak 6 tahun pun dah belajar kat taska.

Cuma ayat last dari tabligh2 ni, ”lagi 5 minit masuk waktu, kalau boleh mari la kita sama2 mengimarahkan surau”
”ye ke, ok la macam tu. Pegi dulu, nanti abang sampai”

Ayat penuh harapan dari aku dan aku yakin diorang pon akan pikir ’Ceh, boleh pecaya ke ni’

So setelah diorang keluar ke surau, aku terus mendapatkan member yang berjaya survive dari tabligh tadi, sedang asyik dengan aksi bunuh mebunuh.

”eh faruq, budak2 tu tak tabligh ko ke. Macam mana boleh telepas pulak ni?”

Soal aku dengan penuh ketidakpuashatian

“diorang ada jumpa sa tadi bah. Then diorang tanya ni ada orang islam ka sini. So sa tunjuk la bilik ko. Hehehe”

Selamba jawapan member aku sabahan ni sambil sibuk tengok skrin padahal dah gelap kena bunuh disusuli dengan gelak kecil.

”eh lancau la ko. Tau la muka macam mamak. Advantage sial ko ni. Tak puas hati aku sial ko terlepas. Mana boleh guna teknik penyamaran macam tu. Lepas tu point bilik aku pulak kan. Memang sial. Tak ngaku Islam ko faruq. Tak kira bah, lepas ni aku panggil ko raju. ”

”jangan bejitu bah. Sa cuma mau main game ni. Sua mau start time dorang sampai tadi”

”ahh, tak kire, tak kire!!”

Memang malam tu aku kutuk dan jaja cerita pasal member aku ni kat semua budak lelaki kos aku. Tak cukup lagi, aku tulis pulak kat status skype. Rasa tak puas hati lagi, aku cerita pulak dekat sorang dua budak perempuan. Keh3..



Moral cerita ni, tak baik menyamar. Binatang je yang menyamar2 ni.

Safety week

Salah satu aktiviti untuk mempromosi OSH di tempat kerja adalah penganjuran safety week. Oleh itu, pada 2 hingga 5 ogos 2010 yang lalu, kompeni aku telah menganjurkan program safety week ini. Bermacam-macam aktiviti mengisi slot sepanjang seminggu itu. Dah nama pun safety week, aktiviti kompem2 la pasal safety. Jangan pulak ada yang bayangkan macam Jom Heboh, dengan budak2 baru nak naik datang bekapel, booth2 penuh satu padang bola dan konsert2 lagha tanpa perlu dikutuk lebih2 di sini kerana tak pasal2 aku yg bedosa. Antara aktiviti menarik minggu itu adalah

Majlis kesyukuran dan doa selamat

Ustaz jemputan bagi ceramah pasal bulan Ramadhan untuk mengingatkan staf2 yang mungkin telupa tak lama lagi puasa so takda alasan la untuk buat2 terlupa pegi beli sarapan then datang keje dengan nasi dagang 2 bungkus pada hari first puasa. Kemudian disusuli dengan solat hajat semoga produk laku terjual seterusnya dapat share sikit hasil jualan dengan staf..keh3



Presentation - Cardiovascular Disease

Cardiovascular desease, penyakit berkaitan jantung. Nak explain panjang2 xreti sebab kat sekolah dulu amik akaun dan belajar bio time sains form 3 je. Tu pun bab paling melekat di minda adalah persenyawaan manusia dan kitaran haid. Presentation ni diadakan oleh OHD yang dilantik kompeni.



Hazard hunt explore race

Aktiviti ni nak buat ala-ala explore race la. Tengok nama pon da tau. Cuma petunjuk diletakkan di kawasan plant. 4 team berusaha sedaya upaya mencari petunjuk yang aku dan geng2 sorok sejahat mungkin dengan matlamat, semua xjumpa, senang nak bagi markah.



Fitness test for ERT

Tau apa itu ERT? Anda mungkin familiar dengan LRT. Tapi kedua2 takda kena mengena langsung cuma ejaan je sama sikit. So tak payah cite pasal ERT, kita pegi kepada fitness test. Disebabkan ramai staf2 yang umur dah menginjak usia tua, aktiviti ini memberi pentunjuk tahap kecergasan masing2 yang pada pengamatan aku, kalau berlaku bencana besar masing2 boleh bertahan 15 minit je untuk tugasan menyelamat. Sama jugak time main futsal, peluh baru nak kluar, dia dah keluar padang cari air dua botol.



Group HSSE quiz

Quiz ni sama la dengan mana2 kuiz yang korang penah tengok. Pengacara bagi soalan, korang jawab. Dapat satu jawapan btul lepastu buat gaya terhegeh2 bapuk macam dalam Pop Kuiz. Kuiz ni bertujuan menguji kefahaman tentang safety staf2 yang da kerja hampir satu dekad yang konon2 tau tapi soalan mudah pun terkial2..keh3



Sukbom I, II & III

Sukbom atau nama panjangnya sukan bomba bukanlah sukan untuk bomba, tapi untuk staf jugak. Cuma pinjam nama bomba nak nampak macam gempak. Kalau nama Sukstaf macam sucks pulak kan. Aktiviti seperti lumba lari dalam guni, eh, lumba pasang hose, paramedik dan pakai BA menguji kemahiran team masing2.



Itulah antara aktiviti2 yang dianjurkan sepanjang safety week kali ni. Walaupun keletihan tetapi terpancar riak2 kepuasan di wajah masing2. Ceh, ending nak skema lancau tiru buku je kan. Keh3..

Hidup baru, bahasa baru

Setelah setahun lebih sejak last post aku ke blog ni, rasa macam nak start aktif balik mencurahkan ilmu kepada masyarakat yang sememangnya, semakin terkeluar dari landasan kehidupan tanpa pedoman dari blog aku. Mesti ada antara mereka di luar sana akan kata ”euww, perasan gile budak ni” ala2 Paris Hilton bila bercakap melayu. Fakk gila tatkala telinga mendengar ayat gedik tak kena tempat mcm tu.

Kalau pembaca sekalian prihatin, mesti perasan blog aku dulu berbahasa penjajah. Bukan apa, aku cuba mengantarabangsakan blog ke peringkat global. Sambutan agak menggalakkan. Kalau tak pecaya tengok la komen2 dari gadis siam yang dari gaya bahasa, begitu menggilai aku..keh3..

Sebenarnya, ni sebab kenapa aku buat blog bahasa inggeris:
Join program ke Thailand --> bergeli mesra dengan student sana (terutama gadis2) --> diajar buat blog oleh lecturer (supaya tak lost contact dengan gadis2 siam) --> bersemangat post lancau ape ntah dalam 7-8 entri --> menganggur --> sambung belajar --> kerja.

Nak tau aku keje apa sekarang? Ni la dia:



Keh3..sebenarnya kerjaya sebagai model ni adalah berdasarkan carier personaliti test yang aku amik dari website mana ntah. Btul, tak tipu. Kepada yang lahir sebagai lelaki, tapi berperasaan seperti perempuan, jangan usha lama2, nanti jadi gay jangan salahkan aku.

Ok la. Taknak menipu lagi tambah2 bulan puasa ni. Nanti tak pasal2 pahala dapat kat orang yang sengal pecaya apa aku tulis..keh3..
Ni keje aku sebenarnya:



Sekarang aku cuba berjinak-jinak dalam bidang safety memandangkan market agak macam market ikan bidang ni. Tengok gambar dua kali macam teletubbies pun ada. So post2 aku lepas ni akan lebih berunsur ilmiah mengenai bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan diselit sedikit unsur kelucahan sebagai hiburan ringan. Sekian..Be Safe and Always Safe.