Monday, 6 September 2010

Law

Bersempena dengan puasa dan tak lama lagi nak raya, aku nak bagi sedikit ilmu kepada mereka-mereka yang diperantauan tentang undang-undang jalan raya. Sebagai pemandu, kita mesti la berhemah, patuhi papan tanda yang bukan saja-saja govemen pasang sebagai hiasan supaya keselamatan diri sendiri dan orang lain terpelihara. Selain undang-undang yang terdapat dalam akta yang kita perlu patuhi, terdapat juga hukum-hukum umum yang tak kurang peri pentingnya di jalan raya, (peri penting? wah dulu time esei form 5 tak teringat pun ayat2 macam ni) antaranya:

Law of Lane

Terpakai apabila terperangkap time traffic jam di highway, atau di mana-mana jalan yang mempunyai dua lorong. Konsep law ini mudah sahaja ‘Stay di lorong sendiri’. Sebagai contoh bila berlaku traffic jam, dan anda sedang berada di lorong kiri. Kereta anda masa tu kalau gerak pun, lagi laju makcik jalan kaki pergi pasar beli sayur. Tapi di lorong kanan pula, anda lihat traffic agak ok dan beberapa kenderaan telah memotong anda. Di sini Law of Lane terpakai. Anda jangan sesekali cuba untuk masuk ke lorong kanan kerana godaan nafsu traffic kerana bilamana anda berada di lorong kanan je, selang 2-3 minit, traffic di lorong kiri pula akan menjadi lancar hinggakan lori membawa babi penuh muatan pun dengan senang melepasi anda dan bila anda tengok muka babi tu, seakan-akan dia mengejek “Haha padan muka kena potong. Harap kereta je Wira convert Lancer tambah turbo, dengan lori babi pun kena tinggal. Slow!”. Kalau anda tak percaya, sila cuba.

Law of Traffic

Terpakai apabila traffic jam di jalan dua lorong juga terutama di highway. Kebiasaan, kenderaan berat akan ikut lorong kiri. Di sini anda perlu mengikut aliran lori-lori tersebut kerana time traffic jam, lorong yang penuh dengan lori akan menjadi lebih lancar. Jika anda perasan, lorong kenderaan ringan memang tak bergerak langsung. Fenomena ajaib ini masih menjadi misteri kepada para pengkaji paranormal di seluruh dunia.

Law of Line Up

Terpakai di mana-mana highway yang mempunyai tol. Apabila anda sampai di tol dan anda bukan pengguna touch n go atau smart tag, sila patuhi law ini. Anda akan nampak 3-4 lorong yang sibuk dan kalau time nak dekat raya, boleh beratur sampai satu kilo pun ada. Selalunya lorong paling panjang adalah lorong kiri, hujung sekali sebab lori-lori dan bas ekspres akan bertumpu di situ. Di sini, hukum Law of Line Up akan teraktif. Anda perlu beratur ikut lorong lori dan bas walaupun nampak panjang kerana yang panjang itu sebenarnya body lori atau bas itu, bukannya kuantiti kenderaan yang beratur kalau nak dibandingkan dengan lorong-lorong lain. Kompem nanti anda akan lebih cepat sampai ke tol dan kalau bernasib baik, dapat pulak awek yang cun jaga tol. Hati pun shenang, perjalanan pun lancar.

Bagi aku yang nak balik ke Kedah dari pantai timur ni, tak terpakai la law-law di atas sebab kena ikut jalan yang agak horror di Jeli dan Grik. Cuma ada dua law lain kena ikut iaitu Law of Patient tak pun Law of ‘maki hamun sorang-sorang dalam kereta’

No comments:

Post a Comment